Mula Disini
Daftar Akaun Baru
- Pergi ke laman OtterSpots dan klik Daftar
- Masukkan nama, alamat emel, dan kata laluan
- Semak emel anda — kami akan hantar emel pengesahan
- Klik pautan dalam emel untuk aktifkan akaun anda
tip
Pastikan anda menggunakan emel yang aktif kerana semua notifikasi tempahan akan dihantar ke emel tersebut.
Log Masuk dengan Google
Anda boleh log masuk lebih pantas menggunakan akaun Google:
- Klik Log Masuk dengan Google pada halaman log masuk
- Pilih akaun Google anda
- Anda akan terus dibawa ke laman utama OtterSpots
Log Masuk dengan Emel & Kata Laluan
- Pergi ke halaman Log Masuk
- Masukkan emel dan kata laluan anda
- Klik Log Masuk
Pengesahan Emel
Jika anda belum mengesahkan emel semasa pendaftaran:
- Log masuk ke akaun anda
- Semak inbox emel anda untuk emel dari OtterSpots
- Klik pautan Sahkan Emel dalam emel tersebut
info
Anda masih boleh melayari dan mencari penginapan tanpa akaun, tetapi perlu log masuk untuk membuat tempahan.
Lupa Kata Laluan
Jika terlupa kata laluan:
- Klik Lupa Kata Laluan pada halaman log masuk
- Masukkan alamat emel anda
- Semak emel untuk pautan set semula kata laluan
- Ikut arahan untuk tetapkan kata laluan baru