Skip to main content

Urus Perjalanan Anda

Lihat Semua Tempahan

Pergi ke Perjalanan (ikon bawah navigasi atau menu profil) untuk melihat semua tempahan anda.

Tempahan dibahagikan kepada:

  • Akan Datang — Penginapan yang belum berlaku
  • Lepas — Penginapan yang telah selesai

Detail Perjalanan

Klik pada mana-mana tempahan untuk lihat maklumat penuh:

  • Nombor Tempahan — Untuk rujukan jika ada pertanyaan
  • Nama Lokasi & Unit — Tempat menginap anda
  • Tarikh — Check-in dan check-out
  • Bilangan Tetamu
  • Arahan Check-In — Cara untuk masuk ke penginapan
  • Peraturan — Peraturan yang perlu dipatuhi
  • Masa Check-In / Check-Out — Waktu rasmi
  • Maklumat Host

Invois & Resit

Untuk muat turun invois atau resit pembayaran:

  1. Pergi ke halaman Detail Perjalanan
  2. Klik Lihat Invois
  3. Invois akan dipaparkan dengan maklumat lengkap:
    • Nombor invois
    • Pecahan kos (harga asas, yuran pembersihan, add-on, yuran servis)
    • Kaedah pembayaran
    • Tarikh pembayaran

Batalkan Tempahan

warning

Sila semak dasar pembatalan sebelum membatalkan. Sesetengah unit menawarkan bayaran balik penuh jika dibatalkan lebih awal.

Untuk membatalkan tempahan:

  1. Pergi ke halaman Detail Perjalanan
  2. Klik Batalkan Tempahan
  3. Masukkan sebab pembatalan (pilihan)
  4. Sahkan pembatalan

Bayaran Balik (Refund)

Jika tempahan layak untuk bayaran balik:

Status Bayaran BalikPenerangan
ProcessingBayaran balik sedang diproses
RefundedBayaran balik telah dikreditkan
FailedGagal proses bayaran balik — hubungi sokongan

Bayaran balik biasanya mengambil masa 3–7 hari bekerja bergantung pada bank anda.

Hubungi Host

Jika ada soalan tentang penginapan, anda boleh hubungi host melalui maklumat yang tertera dalam detail perjalanan selepas tempahan disahkan.