Urus Tempahan
Status Tempahan
Setiap tempahan di OtterSpots mempunyai status berikut:
| Status | Penerangan | Tindakan Diperlukan |
|---|---|---|
| Pending | Tetamu belum bayar — tempahan akan dibatalkan automatik selepas 15 minit jika tiada pembayaran | Tiada — tunggu pembayaran |
| Confirmed | Pembayaran berjaya, tempahan aktif | Sediakan penginapan untuk tetamu |
| Completed | Tetamu telah check-in dan penginapan selesai | Tiada |
| No Show | Tetamu tidak hadir selepas tarikh check-out berlalu | Tiada |
| Cancelled | Dibatalkan oleh tetamu, host, atau sistem | Semak dasar pembatalan |
| Cancelled with Refund | Dibatalkan dan bayaran balik diluluskan | Tiada |
Cipta Tempahan Manual
Vendor boleh cipta tempahan terus untuk tetamu walk-in atau tempahan melalui telefon/WhatsApp:
- Pergi ke Tempahan → klik Tempahan Baru
- Isi maklumat tetamu (nama, emel, nombor telefon)
- Pilih unit dan tarikh check-in / check-out
- Masukkan jumlah yang telah dibayar
- Klik Cipta Tempahan
Tempahan manual terus disahkan (Confirmed) — tiada proses pembayaran dalam talian diperlukan. Rekod pembayaran akan dicipta secara automatik dengan status Manual.
Check-In Tetamu
Untuk tandakan tetamu telah tiba:
- Pergi ke halaman detail tempahan
- Klik butang Check-In
- Status tempahan akan bertukar kepada Completed
Pembatalan oleh Vendor
Dalam situasi kecemasan, vendor boleh batalkan tempahan terus dari dashboard:
- Pergi ke halaman detail tempahan
- Klik Batalkan Tempahan
- Pilih sama ada dengan atau tanpa bayaran balik
- Masukkan sebab pembatalan
Pembatalan yang kerap oleh host boleh menjejaskan penarafan dan ketampakan hartanah anda di platform. Elakkan pembatalan melainkan dalam keadaan darurat.
Paparan Kalendar Tempahan
Lihat semua tempahan dalam paparan kalendar mengikut lokasi:
- Pergi ke Tempahan → klik ikon Kalendar
- Pilih lokasi yang ingin dilihat
- Tempahan akan dipaparkan mengikut tarikh
Paparan kalendar memudahkan anda mengesan:
- Tarikh yang sibuk
- Tempahan yang bertindih
- Slot kosong yang boleh dipromosi
Sekat Tarikh (Block Dates)
Untuk sekat tarikh tertentu supaya tidak boleh ditempah:
- Pergi ke halaman Edit Unit
- Klik Sekat Tarikh
- Pilih julat tarikh yang ingin disekat
- Simpan
Tarikh yang disekat tidak akan tersedia untuk tempahan baru.
Pengurusan & Penapisan Tempahan
Gunakan paparan senarai tempahan dengan penapisan berikut:
- Status — pending, confirmed, completed, no_show, cancelled
- Tarikh — julat tarikh check-in / check-out
- Unit — cari mengikut unit tertentu
- Sumber — manual atau platform (dalam talian)
- Carian — nombor tempahan atau nama tetamu
Tab Tempahan Tersuai
Simpan penapisan kegemaran anda sebagai Tab untuk akses pantas:
- Set penapisan yang dikehendaki
- Klik Simpan sebagai Tab
- Beri nama tab
- Tab akan kekal untuk kegunaan seterusnya
Maklumat Tetamu dalam Tempahan
Setiap tempahan mengandungi maklumat tetamu berikut:
- Nama penuh tetamu
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Alamat tempat tinggal
- Tarikh check-in & check-out
- Nota khas dari tetamu (jika ada)
Arahan Check-In
Pastikan arahan check-in dalam profil unit anda sentiasa dikemaskini. Tetamu akan dapat melihat arahan ini selepas tempahan disahkan.
Arahan check-in yang baik harus mengandungi:
- Cara mencari lokasi (koordinat GPS)
- Prosedur ketibaan
- Lokasi kunci / kod akses
- Nombor telefon kecemasan
Pembatalan oleh Tetamu
Unit Self-Refundable:
- Tetamu layak mendapat bayaran balik penuh jika batalkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum check-in
- Bayaran balik diproses secara automatik oleh sistem
Unit Tidak Refundable:
- Tiada bayaran balik untuk pembatalan
- Perlu dinyatakan dengan jelas dalam penerangan unit
Kaedah Pembayaran Tetamu
| Kaedah | Penerangan |
|---|---|
| FPX | Pindahan terus dari bank internet (Maybank, CIMB, Public Bank, dll) |
| Kad Kredit / Debit | Visa, Mastercard |
| Manual | Bayaran tunai atau pindahan diproses secara manual oleh vendor |
Sokongan & Pertanyaan
Jika ada isu dengan tempahan atau memerlukan bantuan:
- Emel: support@otterspots.com
Pasukan kami akan membantu dalam masa 24 jam pada hari bekerja.