Skip to main content

Harga & Yuran

Struktur Harga di OtterSpots

Tetamu membayar jumlah berikut semasa membuat tempahan:

Harga Asas (per malam × bilangan malam)
+ Yuran Pembersihan (sekali per tempahan)
+ Add-On (jika dipilih)
+ Yuran Servis OtterSpots
─────────────────────────────
= Jumlah yang Dibayar Tetamu

Harga Asas (Base Price)

Harga asas adalah kos penginapan per malam untuk satu unit.

  • Ditetapkan oleh vendor
  • Boleh berbeza mengikut hari (hujung minggu vs hari biasa)
  • Boleh berbeza mengikut musim (cuti sekolah, perayaan)

Harga Dinamik: OtterSpots menyokong penetapan harga dinamik di mana harga boleh berbeza mengikut tarikh spesifik. Hubungi pasukan kami untuk setup harga dinamik.

Harga Perbandingan (Compare Price)

Harga asal sebelum diskaun. Dipaparkan bercoret di sebelah harga semasa untuk menunjukkan penjimatan kepada tetamu.

Contoh: RM 350 RM 280 semalam

Tetamu yang Disertakan (Included Guests)

Bilangan tetamu yang termasuk dalam harga asas.

  • Contoh: Harga asas RM 200 untuk 2 orang
  • Tetamu ke-3 dikenakan bayaran tambahan

Bayaran Tetamu Tambahan (Extra Guest Fee)

Bayaran per tetamu melebihi had yang ditetapkan.

Contoh:

  • Harga asas: RM 200 (untuk 2 tetamu)
  • Extra guest fee: RM 50 per orang
  • Untuk 4 tetamu: RM 200 + (2 × RM 50) = RM 300 semalam

Yuran Pembersihan (Cleaning Fee)

Yuran sekali yang dikenakan untuk setiap tempahan (bukan per malam).

  • Ditetapkan pada peringkat lokasi
  • Dikenakan kepada tetamu dan diterima oleh vendor

Deposit Keselamatan (Security Deposit)

Deposit yang boleh dikenakan untuk melindungi hartanah daripada kerosakan.

info

Dasar deposit dan bayaran balik perlu ditetapkan dengan jelas dalam penerangan lokasi anda.

Add-On

Add-on adalah perkhidmatan atau item tambahan yang boleh dipilih oleh tetamu semasa tempahan.

Contoh add-on:

  • Sarapan pagi — RM 15 per orang
  • Set BBQ — RM 80 sekali
  • Kayak — RM 30 per jam
  • Pemandu pelancong — RM 100 per hari

Add-on boleh ditetapkan pada peringkat:

  • Lokasi — Tersedia untuk semua unit
  • Unit — Khusus untuk unit tertentu

Kod Promo

OtterSpots menyediakan sistem kod promo untuk kempen pemasaran:

  • Diskaun peratusan atau amaun tetap
  • Boleh ada had minimum tempahan
  • Had penggunaan (bilangan kali)
  • Tempoh sah

Untuk menyertai kempen promo atau mencipta kod promo khas untuk hartanah anda, hubungi pasukan OtterSpots.

Yuran Servis OtterSpots

OtterSpots mengenakan yuran servis kepada tetamu untuk menampung kos operasi platform. Yuran ini tidak ditolak dari bayaran vendor.

Pembayaran kepada Vendor

  • Pembayaran diproses selepas tempahan selesai (check-out)
  • Dibuat melalui pindahan bank ke akaun yang didaftarkan
  • Jadual pembayaran akan ditetapkan dalam perjanjian vendor
tip

Pastikan maklumat akaun bank anda sentiasa dikemaskini untuk mengelak kelewatan pembayaran.